Melibatkan diri dalam perhubungan erat
yakni dunia percintaan yang lebih ke
arah nilai-nilai di atas semuanya adalah
plastik atau tiada pengertian cinta
hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih
ke arah kepada rangsangan nafsu yang
disalah erti kerana perhubungan
persa habatan yang rapat dan terbuai oleh
dodoian perasaan.
Sebab hakikat percintaan yang di
benarkan oleh Islam ialah asas daya
tarikan kepada kewarakan seseorang yang
menjadi tarikan kepada cinta yang
bersyariatka n islam.
Kebanyakan persahabatan yang lebih
bermotifkan memikat sememangnya lebih ke
arah sentimental value yakni lebih
kepada pemberian hadiah tidak kira apa
jua barangnya. Jika tidak berminat
masakan nak mengorbankan wang kepada
seseorang. Romantik pada dasarnya adalah
bukan satu prinsip di dalam Islam. ..
Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya
hubungan romantik sekiranya mereka tidak
berhubungan atas alasan kalau hanyalah
melalui asas pendekatan
Islam ?
Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada
hubungan romantik atau caring atas
alasan jika benar pencinta pencinta yang
memahami corak Islam lebih ke arah
menulis peringatan peringatan Allah yang
senantiasa takutkan kemurkaan Allah di
dalam konteks cara perhubungan walaupun
mungkin tidak pernah berdating. Malah
orang yang bercinta di dalam bentuk
syariat Islam takut untuk berhubungan
secara menulis kerana was was dengan
keupayaan menahan bentuk luahan hati
yang akan menimbulkan zina hati.
Malah orang yang benar benar beriman
takut untuk berhubungan melalui telefon
atau kaedah bercakap yang penuh lemah
lembut dalam bentuk hubungan lain
seperti chat kerana biasanya kekerapan
hubunga n percakapan lebih ke arah tidak
tertapis dan bisa menggoda keimanan
dengan rasa rindu dengan suara dan
gurauan sehingga akhirnya membuat tautan
rasa cinta asmara dana bermula kecuali
bagi mereka yang benar-benar tidak ada
masalah hati, itu pun boleh menjadi satu
bentuk perhubungan awalan jika tidak
disekat.
Semakin kerap berhubung akan menjadikan
semakin rapat perhubungan dan akhirnya
tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan
lebih mementingkan perasaan dan nafsu
akhirnya menjerumus kepada kefahaman
itulah cinta yang sebenarnya.
Kerana atas dasar apa rasa rindu yang
amat sangat? Sedangkan hakikat rindu
yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang
yang beriman dapat menangkis ketahanan
rindu apabila asas cinta benar benar
berlandaska n iman .
Bukankah di dalam Islam sendiri sudah
menggaris pandu corak meminang wanita,
tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih
suka kepada bercinta dan mencari cinta
serta mencari masalah di dalam konteks
perhubungan cinta yang mana akhirnya
akan terjebak di dalam lautan cinta yang
memabukkan.
Cinta berasaskan Islam ialah cintakan
kebaikan , keimanan dan keutuhan
pendirian kerana ia adalah asas kepada
tiang pengukuhan iman di hari depan.
Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah
rasa hormat, malu dengan kewarakan
responden kerana itulah cinta hakiki
yang tidak boleh dijual beli. Malah malu
untuk berkata-kata di sebalik kata-kata
yang tidak sepatutnya.
A pabila individu itu benar-benar
mencintai seseorang itu atas sifat-sifat
di dalam diri respondennya, ia lebih ke
arah sifat mengkagumi untuk memilikinya
tanpa syak dan was was akan kebaikan,
keimana nnya dan keutuhan pendirian
responden. Jika ia benar-benar memahami
konteks iman didalam percintaan yang
terbina di dalam dirinya, daya tarikan
ke arah cabaran cabaran cinta luaran
murahan yang mendatang tidak bisa
menembusinya . Maka tidak ada dua tiga ke
atau empat sikap jatuh cinta di dalam
satu masa.
Malah, masalah samada sayang atau tidak
sayang tidak timbul kerana asas cinta
sebenar ialah keupayaan untuk sama sama
menggembelin g meningkatkan iman
andaikata terbina ikatan yang di akhiri
ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan
rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan
syariat lebih ke arah memupuk ukhwah
islamiyah di dalam pemantapan jasmani
dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di
dalam Islam. Bukan seperti sebahagian
dari anak-anak muda yang tidak memahami
konteks percintaan hakiki yang mana
terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya
sekali pandang, dan juga dengan hanya
tautan kata -kata.
Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta
benar-benar dapat menguasai
respond ennya. Ada yang berubah sikap
dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh
ada yang semakin beriman, semakin baik
dan semakin terdidik kerana nasihat dan
peringatan oleh orang yang dicintainya.
Teta pi adakah rangsangan itu akan terus
berkekalan andaikata cinta berpaling
arah atau tidak menjadi. Inilah yang
dibimbangi kerana rangsangan cinta
murahan hanya satu kepura-puraan yang
tidak berkekalan atas asas tujuan untuk
memikat hati. Ada yang jadi baik dan
bercakap yang baik-baik di depan orang
yang dicintainya. Maklumlah orang yang
dicintai itu seorang yang beriman.
Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan
lain mulalah membebel entah apaapa
kerana tiada asas malu.
Sebab itu di dalam konteks perhubungan
cinta sesama Islam, jika ingin memulakan
ikatan cinta itu berasaskan cinta yang
penuh didikan
iman, perhatikan muamalat responden agar
tidak tersalah jatuh di dalam jerat
percintaan yang tidak patut. Sebab ia
lebih ke arah mengheret masalah baru.
Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina
seperti yang terjadi di dalam kes Nur
Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari
kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak
memerhati, memikir baik-baik dan
memutuskan apa yang di cintainya itu
layak atau tidak untuk dicintai.
Sungguh pun di katakan Nur Aisyah sudah
terdidik sebelum ini, akan tetapi iman
yang sebenarnya ialah dari asas
pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang
dipelajariny a sekiranya tidak diamalkan
akan menjadi perosak di dalam dirinya
maka itulah yang berlaku di dalam diri
Nur Aisyah.
Begit u juga dengan anak-anak muda kita
bila mana seorang pemuda menyampaikan
hasr at cintanya, jangan mudah terusik
hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya
dan segalanya sejak dia belum mengenali
kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan
muamalat asalnya, kerana jika kita mudah
membenarkan hati dilalui, ia hanya akan
membuka peluang kepada ke arah ketidak
fahaman konsep cinta berasaskan islam.
Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan
pergaulan iaitu jangan membenarkan kita
dirapati akan perasaan mereka agar
menimbulkan keraguan dan was-was yang
kita tidak menerima cinta mereka. Ini
tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka
melayan dan melayan dan akhirnya terbuai
kata-kata asmara yang terbina sendiri
dan menimbulkan kerosakan hati di dalam
hati mereka sendiri. Biarlah di katakan
diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan
iaitu menjaga diri untuk mengimbangi
antar a kewarasan akal dan iman yang akan
menjadi benteng dan senjata melumpuhkan
pihak lawan.
Benark ah begitu? Sebab bagi perempuan
mahupun lelaki yang beriman mempunyai
sifat sifat yang konkrit di dalam
pendirian mahupun akhlak. Bukankah
akhlak yang cantik terbina dari didikan
hati naruni iman yang cantik?
Bagi yang memahami dan mengerti apa itu
iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus
memiliki perempuan itu dengan jalan
terbaik iaitu apa? Tentulah sekali
dengan meminang wanita ini. Sebab wanita
ini bukan calang-calang imannya.
Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah
yang paling bertuah andaikata aku
berupaya memiliki wanita yang paling
payah untuk dikuasai kerana apabila
diberinya cintanya pada aku, akulah
orang yang paling agung dan terhormat di
atas pemberiannya itu dengan cara yang
diizin dan dihalalkan oleh Islam dan
Allah Ta`ala"
Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan
biar beribu bercinta biar satu" tidak
begitu tepat di dalam konteks Islam dan
patut ditambah "Bercinta biarlah untuk
teman di akhirat yang dihalalkan oleh
Islam" disebabkan faktor-faktor semua
panahan cinta di atas konsep berkawan
adalah tidak tepat dan bercanggah di
dalam konteks perhubungan di dalam Islam
kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke
arah perhubungan dalam suasana fitnah.
Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang
mengenal Manikamnya yakni hanya
orang-orang yang beriman akan menghargai
dan mengagungi keimanan orang yang patut
dicintainya kerana hanya orang yang
baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu
yang baik. Di situ sudah menampakkan
penil aiannya di mana jodoh yang baik
adalah untuk orang yang baik dan
begitulah sebaliknya. Kerana orang yang
tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup
bersama dengan orang yang baik kecuali
dalam dirinya itu adalah mempunyai zat
yang baik juga.
Berkata Imam Nawawi:
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada
padamu, jika kau hilangkan agama dalam
dirimu, hilanglah cintaku padamu"